Thursday, July 18, 2013

Penutupan Minggu Teknik dan Vokasional 2013

 Majlis Penutupan Minggu Teknik dan Vokasional telah diadakan pada 17 Julai 2013 dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz Pengetahuan dan pembinaan bahan bantu belajar menggunakan Microsoft Powerpoint melalui tapak  VLE . Kategori yang dipertandingkan ialah :
Pertandingan Kuiz. (Individu),
Pertandingan Kuiz. (Penyertaan Kelas Paling Ramai)
Pertandingan Membina Bahan Bantu Belajar Powerpoint. (Individu)
Pertandingan Membina Bahan Bantu Belajar Powerpoint.( Penyertaan Kelas Paling Ramai)

Melalui minggu teknik dan vokasional  diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang menyedari akan kepentingan bidang ini dalam akademik dan kerjaya seterusnya  berminat untuk  berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Selain itu aktiviti yang dijalankan dapat menggalakkan pelajar menggunakan Frog VLE sebagai salah satu kaedah pembelajaran masa kini. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan kelas yang berjaya.