Thursday, July 18, 2013

Penutupan Minggu Teknik dan Vokasional 2013

 Majlis Penutupan Minggu Teknik dan Vokasional telah diadakan pada 17 Julai 2013 dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz Pengetahuan dan pembinaan bahan bantu belajar menggunakan Microsoft Powerpoint melalui tapak  VLE . Kategori yang dipertandingkan ialah :
Pertandingan Kuiz. (Individu),
Pertandingan Kuiz. (Penyertaan Kelas Paling Ramai)
Pertandingan Membina Bahan Bantu Belajar Powerpoint. (Individu)
Pertandingan Membina Bahan Bantu Belajar Powerpoint.( Penyertaan Kelas Paling Ramai)

Melalui minggu teknik dan vokasional  diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang menyedari akan kepentingan bidang ini dalam akademik dan kerjaya seterusnya  berminat untuk  berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Selain itu aktiviti yang dijalankan dapat menggalakkan pelajar menggunakan Frog VLE sebagai salah satu kaedah pembelajaran masa kini. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan kelas yang berjaya.





Thursday, July 04, 2013

Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2013

Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Melaka 2013 anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Nestle Products Sdn. Bhd dan telah diadakan pada 29 Jun 2013 bertempat di Dewan SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Seramai 10 pasukan sekolah terlibat iaitu SMK Bukit Baru, SMKA Tun Perak, SMK Sg Rambai, SMK Klebang Besar, SMK Sultan Alauddin (A), SMK Dato' Haji Talib Karim, SMK Air Molek, SMK Iskandar Shah, SMK Hang Kasturi dan SMK Sultan Alauddin (B).Sekolah kita telah menghantar 3 orang peserta yang terdiri daripada Norafiqah Nabila,Nur Hadirah dan Nur Zarifah dan berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. 

Keputusanpertandinganadalahsepertiberikut :
Johan : SMK KlebangBesar
NaibJohan : SMK Hang Kasturi

Ketiga : SMK Iskandar Shah

Tahniah ! SMK Iskandar Shah, Jasin - tempat ketiga


 
Klik disini untuk gambar lagi