Majlis Penutupan Minggu Teknik dan Vokasional telah diadakan pada 17 Julai 2013 dengan penyampaian
hadiah kepada para pemenang kuiz Pengetahuan dan pembinaan bahan bantu belajar menggunakan Microsoft Powerpoint melalui tapak VLE . Kategori yang dipertandingkan ialah :
Pertandingan
Kuiz. (Individu),
Pertandingan
Kuiz. (Penyertaan Kelas Paling Ramai)
Pertandingan
Membina Bahan Bantu Belajar Powerpoint. (Individu)
Pertandingan
Membina Bahan Bantu Belajar Powerpoint.( Penyertaan Kelas Paling Ramai)
Melalui minggu teknik dan vokasional diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang
menyedari akan kepentingan bidang ini dalam akademik dan kerjaya
seterusnya berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Selain itu aktiviti yang dijalankan dapat menggalakkan pelajar menggunakan Frog VLE sebagai salah satu kaedah pembelajaran masa kini. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan kelas yang berjaya.